IKAN PUYU
Anabas testudineus
By: Hussain Mat Din

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Jul-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
IKAN PUYU (Anabas testudineus)

ANAK PUYU
PUYU SEDANG MEMBESAR
BOLEH DIPASARKAN
TABLE SIZE
IKAN PUYU GORENG
IKAN HIASAN
IKAN PUYU adalah sejenis ikan yang kahar dan sangat istimewa. Ia boleh mati hidup semula. Dimusim kemarau ia boleh membenamkan dirinya dalam lumpur dan bertapa (aestivation) sehingga keadaan cuaca mengizinkan ia muncul semula.

Minat tentang IKAN PUYU mula timbul bila saya berpindah rumah berhampiran dengan sawah padi di Penaga, Seberang Perai, Pulau Pinang. Diwaktu petang semasa padi mula membesar , ramai sekali peminat memancing berada ditepi parit saliran untuk memancing IKAN PUYU . Bayangkan perasaan pemancing bila kail atau joran direntap kuat oleh IKAN PUYU dan kemudiannya secara sepontan batang pancing tersebut disentak dan itu dia IKAN PUYU tergantung terkepar-kepar dihujung pancing. IKAN PUYU enak digoreng atau dimasak lemak atau gulai terutamanya dengan ubi kemili.

Saya juga gemar memelihara IKAN PUYU. Pada permulaan musim hujan benih anak IKAN PUYU yang baru menetas disauk menggunakan jaring dan dipelihara dalam kolam takungan simen. Anak IKAN PUYU boleh juga dipungut dari lopak sawah padi yang kekeringan selepas padi dituai. Bila terasa kepingin sangat untuk makan gulai lemak cili api IKAN PUYU tak perlu lagi pergi memancing atau kepasar. Sauk saja dari kolam. Bekalan dari pasar pula jarang diperolehi. Bila anak dan cucu balik bercuti hidangan ikan puyu pasti disajikan.

IKAN PUYU bukan sahaja berguna untuk bahan makanan tetapi juga sebagai ikan hiasan. Walaupun bentuk fizikalnya tidak secantik ikan hiasan yang lazim dipelihara seperti ikan emas, discus, koi, arowana dan Lohan, IKAN PUYU tidak banyak kerenah dan tidak memerlukan peralatan seperti pam angin dan penapis kerana ia boleh hidup dalam keadaan air yang keruh. Ini tidak membebankan pemelihara bila terpaksa meninggalkan rumah berhari-hari kerana urusan tugas diluar. Malah menjadi tradisi dikalangan orang Melayu membela IKAN PUYU di dalam rumah sebagai hobi atau atas kepercayaan boleh menangkis perbuatan ilmu hitam seperti pukau, toyol dan hantu. Tetapi awas IKAN PUYU boleh menjadi pembunuh. Terdapat laporan kanak-kanak mati semasa bermain dengan IKAN PUYU dan dengan semena-mena ikan tersebut melompat masuk kedalam mulut dan kemudianya mengakibatkan kematian.

IKAN PUYU juga telah sebati dalam budaya masyarakat kita. Banyak peribahasa, pantun, syair, nyanyian dan penulisan sastera juga berkisar tentang IKAN PUYU.

IKAN PUYU kini dikenalpasti sebagai agen biologi yang berkesan untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes dalam longkang yang airnya tidak mengalir.

Selamat membaca. Semuga penulisan ini bukan sahaja memberikan pengtahuan tetapi membuahkan ilham untuk menjadikan ternakan IKAN PUYU sebagai usaha komersial untuk meningkatkan ekonomi dan bahan pengeluaran makanan negara . Setidak-tidaknya pemeliharaan IKAN PUYU dijadikan sebagai suatu hobi .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IKAN PUYU is a very hardy and special fish. During the drought period it has the ability to aestivate (hibernate) in the mud and emerge during the favourable period.

My interest in IKAN PUYU develop when I move to Penaga, Seberang Perai, Pulau Pinang, a village surrounded by padi fields. In the evening when the rice crop is in the mid tillering stage, man and women with fishing rods flock to the drainage canals of the padi field to fish IKAN PUYU. It is a special experience when your bait is taken and after a sudden snap of the rod you see a strangling IKAN PUYU at the end of your rod. IKAN PUYU is very tasty when fried or cooked as curry especially with ubi kemili.

I am also a keen rearer of IKAN PUYU. During the onset of the rainy season I collect the IKAN PUYU fries using net and transfer them into erected cement tanks. IKAN PUYU fries can also be collected from the drying padi fields just after padi harvest. So it is no longer necessary to go fishing when I desire to eat masak lemak cili api IKAN PUYU. Just get them from my cement ponds. The local supply of the fish from the market nowdays is limited. When my children and grandchildren are back for vacation a feast of IKAN PUYU is something for sure.

IKAN PUYU is not only for food but can be kept as pets. Even though physically it is not as attractive as gold fish, discus, Arowana, koi and Lohan IKAN PUYU can be easily reared without commonly used equipment such as air pumps and filters. IKAN PUYU can somehow tolerate cloudy water and it gives great relief to the owner when going outstation. In fact it become a tradition of the Malays to rear IKAN PUYU in the house for pleasure or to some as a talisman to ward off evil and witchcraft. But beware IKAN PUYU can become a killer. There were cases of children who died while playing with the fish by jumping into their mouth and choked them to death.

IKAN PUYU has also been socially engrained in our society. Many literatue, metaphors and songs have connotations of IKAN PUYU in them.

IKAN PUYU has been proven to be an effective biological agent for controlling breeding of aedes mosquitoes in stagnant drains.

I wish you all happy reading. I hope this article will not only be informative but may inspire some to indulge in commercial IKAN PUYU production or at least rear IKAN PUYU as a hobby.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net