IKAN PUYU
Anabas testudineus
By: Hussain Mat Din

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  >  >>]    [Archive]
Thursday, 8-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Common Names of Anabas testudineus

Anabas
IKAN PUYU TERKENAL DISELURUH ASIA TENGGARA. MAT SALLEH PUN MINAT JADIKAN IKAN HIASAN. NAMA TEMPATAN BERBEZA-BEZA

Common Name Country Language

Alalo Philippines Pangasinan
Alito Philippines Kuyunon
Arraro Philippines Ilokano
Atas Philippines Bikol
Bale belang Indonesia Makassarese
Betik Indonesia Javanese
Betok Indonesia Malay
Cá Rô d?ng Viet Nam Vietnamese
Cá ro dong Viet Nam Vietnamese
Cá rô dông Viet Nam Vietnamese
Climbing perch Bangladesh English
Climbing perch Sri Lanka English
Climbing perch India English
Climbing perch Malaysia English
Climbing perch Papua N Guinea English
Climbing perch UK English
Climbing perch USA English
Gutan Philippines Visayan
Kabai Nepal Nepali
Kallemutti India Malayalam
Karippidi India Malayalam
Karooppu India Malayalam
Kavaiya Sri Lanka Sinhalese
Khakoi India Khasi
Kletterfisch Germany German
Klätterfisk Sweden Swedish
Koi Bangladesh Bengali
Koi India Assamese
Koi India Bengali
Kranh Cambodia Khmer
Krucilan Indonesia Javanese
Laziec Poland Polish
Liwalo Philippines Kapampangan
Liwalo Philippines Tagalog
Martiniko Philippines Tagalog
Nga-bye-ma Myanmar Burmese
Nga-pri Myanmar Burmese
Pa kheng Laos Laotian
Panaiyeri kendai India Tamil
Pepuyu Malaysia Malay
Piit Philippines Maranao/Samal/Tao Sug
Pla mor Thailand Thai
Pla mor Thai Thailand Thai
Pla sadet Thailand Thai
Puyo Philippines Bikol
Puyo Philippines Maranao/Samal/Tao Sug
Puyo Philippines Tagalog
Puyo Philippines Visayan
Puyo-puyo Philippines Maranao/Samal/Tao Sug
Puyu Malaysia Malay
Ryba-polzun Russian Fed Russian
Tinikan Philippines Tagalog
Trey kranh Cambodia Khmer
Trey kranh srai Cambodia Khmer
Ukabi India Manipuri

SOURCE: http://www.fishbase.org


Wednesday, 7-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Potensi Ternakan Ikan Puyu

AMIR PENTERNAK IKAN PUYU
Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah.

Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.

Persekitaran Ala 'Resort'
Seorang usahawan Melayu tempatan di Melaka gigih mengusahakan ternakan ikan puyu secara komersil. Tapak projek ternakannya terletak lebih kurang 14 kilometer dari pekan Alor Gajah, iaitu di Kg Baru Taboh Naning, Jalan Taboh Naning, Melaka. Syarikat Sempadan Gemilang Enterprise milik Encik Amir bin Haji Asran terletak di kawasan perkampungan yang di sekitarnya terdapat pokok buah-buahan seperti pisang dan rambutan.
Rumah banglo dua tingkat yang dibina sendiri Encik Amir dikelilingi pokok kelapa, pokok palma, pokok bunga kertas dan bonsai menyerlahkan keindahan persekitaran landskap rumah beliau. Pokok-pokok ini meredupkan kawasan sekitar tapak di samping menjadi sempadan antara kolam-kolam ikan.

Pencetus Semangat

Minat untuk berniaga sendiri telah timbul seawal beliau berumur 17 tahun. 20 tahun selepas itu, Encik Amir boleh berbangga kerana beliau merupakan salah seorang pelopor dalam bidang ternakan ikan puyu di negeri Melaka.

Sejarah Encik Amir berniaga sendiri bermula dengan menjual buah-buahan selepas tamat tingkatan lima. Minat yang mendalam untuk menjadi usahawan berjaya menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pendidikan formal ke peringkat STPM. Sebagai permulaan, beliau berhijrah ke Brunei. "Nak melihat negeri orang", ujar Encik Amir ringkas.

Selama 4 bulan di Brunei, banyak ilmu dan pengalaman diperolehi beliau. Melihat orang Brunei hidup senang dengan usaha sendiri tanpa bantuan subsidi dari kerajaan telah membakar semangat beliau. Kesenangan dan kejayaan yang dicapai hari ini adalah dengan usaha sendiri. Usaha lebih akan menghasilkan ganjaran yang lebih. Melihat orang lain hidup senang dan berjaya telah mendorong beliau untuk memulakan perniagaan sendiri.

Permulaan yang Sederhana

Dengan bantuan isteri beliau, Puan Hajijah binti Haji Abdul Wahid, Encik Amir memulakan projek ternakan ikan puyu pada tahun 1994. Tanah seluas 4 ekar milik keluarga dibeli dan dijadikan sebagai tapak projek. Berbekalkan modal sendiri sebanyak RM20,000 beliau memulakan projek dengan sebuah kolam bersaiz 40' X 80'.

Tapak projek dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti air, elektrik, telefon dan sistem perparitan yang sempurna. Untuk sampai ke tapak projek bukanlah satu masalah kerana ia boleh dihubungi oleh semua kenderaan darat melalui jalan raya utama. Kini, terdapat 12 buah kolam tanah dan 18 buah kolam konkrit. Kolam-kolam ini digunakan untuk penetasan benih ikan, penternakan dan penghasilan induk ikan.

Potensi Ikan Puyu

Mengapa agaknya Encik Amir memilih ikan puyu untuk dikomersilkan? Berpotensikah ia? Ikan puyu (Climbing Perch) atau nama saintifiknya Anabias Testudineus, turut dipanggil ikan betok oleh penduduk tempatan. Habitat ikan puyu biasanya di sawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai.

Melihat ikan puyu di dalam kolam dan sangkar penetasan mengundang pelbagai persoalan. Mampukah ikan sekecil ini menarik minat pembeli? Berjayakah ia jika dikomersilkan secara besar-besaran? Saiznya yang kecil dan warnanya yang gelap begitu jauh sekali dengan ternakan aqua-culture yang lain. Bila melihat keadaan ini, pasti ramai yang tertanya-tanya sejauh manakah perusahaan ini akan berjaya.

"Walaupun rupanya kurang menarik, tetapi rasanya sedap!", tegas Encik Amir. Memang ramai yang kurang sedar bahawa rasanya yang sedap dan isi yang lembut telah menarik permintaan yang tinggi dari pemborong dan pembeli. Ini kerana ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Ikan puyu amat enak digoreng, dimasak lemak cili api atau masak sambal.

Kini, Encik Amir mampu mengeluarkan 250,000 benih ikan puyu sebulan berdasarkan permintaan pelanggan. Induk ikan puyu diperolehi daripada kawasan paya setempat selain diambil dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. Anak ikan betina dijual dengan harga 30 hingga 40 sen seekor, manakala anak ikan jantan dijadikan induk. Selepas 4 atau 5 bulan, ikan-ikan mampu mencapai tempoh matang dan seberat sehingga 250 hingga 300 gram seekor, telah sedia untuk dipasarkan.

Bantuan Kewangan

Pada tahun 1999, Encik Amir berjaya memohon pinjaman kewangan sebanyak RM75,000 daripada Bank Pertanian Malaysia melalui kemudahan Tabung Untuk Makanan (3F) untuk membiayai perbelanjaan semasa ke atas projek ternakan di samping meningkatkan prestasi syarikat melalui perancangan-perancangan yang telah dirangka.

Selain memberi bantuan kewangan, Bank Pertanian Malaysia turut mengawasi projek yang dijalankan. Pegawai-pegawai Bank Pertanian juga seringkali mengunjungi tapak projek bagi tujuan pemerhatian dan pemantauan. Encik Amir berkata bantuan dari Bank Pertanian Malaysia banyak membantu beliau dalam memperkembangkan ternakan ikan puyunya. Bank Pertanian telah membuktikan peranannya dalam membantu usahawan-usahawan kecil tempatan seperti beliau sendiri.

Usahawan Berwawasan

Setelah hampir 10 tahun bergiat dalam projek ternakan ikan air tawar ini, Encik Amir berharap agar segala titik peluhnya terbayar melalui kepuasan hati pembeli dan pelanggan-pelanggannya. Beliau turut bersedia memberi nasihat dan menjadi konsultan kepada pengusaha-pengusaha yang ingin menceburi bidang ini.

Di samping mengusahakan ternakan ikan puyu, beliau turut menceburi bidang landskap, membuat pelan kolam serta menjual pokok bunga. Usaha dan wawasan Encik Amir wajar dijadikan contoh kepada usahawan-usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan sendiri. Kejayaan Encik Amir sesuai kiranya dikaitkan dengan pepatah Melayu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.


Sumber : Buletin Patriot, Bank Pertanian Malaysia.


IKAN PUYU HELPS AMIR CLIMB LADDER OF SUCCESS

MALAYS believe the ikan puyu has supernatural attributes but one man is looking beyond it and is cashing in on its commercial value, writes RUPA DAMODARAN.

IT IS not uncommon to see ikan puyu (climbing perch) kept in small fish bowls in Malay households, especially in the rural areas, to ward off or warn of the presence of evil spirits, like the toyol or other forces linked with black magic.
But that was the furthest from the mind of Amir Asran when he decided to breed ikan puyu at his home in Kampung Baru Taboh Naning, about 14 kilometres from Alor Gajah in Malacca.

The commercial value of this fish, known scientifically as anabas testudineus, or the fish that climbs trees, was too good to overlook, he says.

"Five-month-old fish which weighs between 250 and 300 grams can fetch about RM12-RM15 a kg," says the first commercial breeder of ikan puyu in Malacca.

From his 16ha farm, he has been able to meet the demands of wholesalers and fish breeders in Malacca, Negri Sembilan, Johor, the Klang Valley and Pahang.

His expertise is not confined to providing supplies only. He may not have received any formal training, but Amir is often looked upon as an expert in the field with his indepth understanding of this fish, more popular as an ornamental fish.

Ikan puyu, which was only found in swamps, rice fields, streams and lakes, was categorised as another indigenous (ikan asli terbiar) and joined the well-known cousins like the patin (striped catfish), lampam jawa (Javanese carp), tilapia, carp and keli (catfish).

"Compared to the other freshwater species, ikan puyu is the most hardy found in the wetlands of Southeast Asia, which accounts for why it is able to survive on land for long periods without water," he said in an interview at his home recently. The climbing perch can stay alive for a long time out of water. It is no wonder that this species was first discovered in Asia in the late 18th century, up on a palm tree enjoying a trickle of water that ran down the trunk.

That was probably how the fish - which is now on the list of endangered species in Australia - acquired the common name.

In addition to the fleshy gills that all bony fishes have for breathing in water, the gills of the climbing perch has a special labyrinth organ which enables it to breathe air.

Its muddy appearance of olive grey may not look appealing but few know that its slimy surface actually lends it as one of the more resistant fish species to illnesses.

"Unknown to most is the quality of this freshwater species - fleshy, soft and tasty, not to mention its high protein content."

Amir started off with a small pond when he embarked on the project in 1994 although it was only commercialised three years later.

He stocked the pond with 10,000 catfish fry, hoping to sell fish fry or develop them to adult fish to be sold to markets.

But the mortality rate forced him instead to spend more time studying the behaviour, habitat and management of the ponds.

He then discovered the potential of the ikan puyu dismissed by most as a drain fish.

"Although I was able to obtain the fish from the rice fields and other waterways, there was difficulty in getting the fry."

"It was only after two to three years of studies and picking up some techniques from the Fisheries Department that I found that I could also hatch the two-inch fry in my own ponds."

Amir started off with 200,000 fry and and has developed his farm to increase its capacity to one million. Each two-inch fry is sold at 40 sen.

The matured six-inch ikan puyu, which would be four months old, is sold to the wet markets and other markets too for about RM12 per kilo.

Word has got around about this enterprising aquafarmer and his numerous activities which include landscaping, horticulture and construction.

"I can understand the difficulty of anyone venturing into this business and I am willing to teach the techniques of breeding."

There are those who have attempted to venture into the aquafarming business and their trial farming of the ikan puyu has proven to be a dismal failure but Amir together with his wife Hajijah Abdul Wahid persevered.

Today there are 12 natural ponds and 18 concrete ponds on his farm, with natural water sourced from the neighbouring foothills through underground pipes.

"Six of these concrete ponds, which are between 200 and 400 sq ft in size, are hatcheries while the larger ones are used for breeding and developing the females.

A self-made fish farmer with no formal training, Amir also saved up for his start-up capital over the years.

On completion of his Form Six, Amir sold fruits along the roadside and saved about RM7,000.

He decided to do business in Brunei but after some time decided to return home with Hajijah as his bride.

In a lovely house which he has built for his family which include his three sons, every day sees a hive of activity.

Visitors are seen streaming in almost every other day, including agriculture and bank officials from Kenya, Indonesia and Laos.

The couple is also toying with an eco-tourism project and is working towards developing chalets and the like for those who want to enjoy a family day outing with activities like angling and barbecues.

SOURCE: NEW STRAITS TIMES 15.02.2004



Tuesday, 6-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
BAGAIMANA NAK BUAT PEKASAM

IKAN PEKASAM
IKAN PEKASAM
Pekasam Ikan Puyu Pembuka
Selera Cara Kampung

(Utusan Melayu - 11/02/98)

MENEJELANG musim timur masyarakat sebelah utara sering gemar menjalankan aktiviti menimba ikan dari telaga ikan masing-masing
Selalunya hasil tangkapan daripada menimba itu melebihi untuk makan atau hidangan se isi keluaga selama beberapa hari ini.
Sehubungan itu, para isteri atau golongan tua yang tinggal di kampung-kampung sering menjadikan lebihan ikan-ikan ini untuk dijadikan makanan pembuka selera masyarakat di sini iaitu pekasam.
Selalunya pekasam ini dibuat dengan menggunakan ikan-ikan sawah atau disebut juga ikan darat atau telaga seperti puyu, sepat dan juga lampam.
Fatimah Long salah seorang daripada mereka yang gemar membuat ikan pekasam, ikan-ikan darat yang lain seperti keli dan haruan tidak sesuai dijadikan pekasam memandangkan saiznya terlalu besar. Lagipun sudah menjadi kebiasaan ikan-ikan itu tidak dibuat pekasam.
Katanya, selain menjadi makanan kegemaran orang-orang kampung, pekasam kini mula popular dan mendapat tempat di hati penduduk bandar juga.
Malah katanya, pekasam kini sudah dijadikan bahan dagangan yang boleh mendatangkan sumber kewangan untuk menambah pendapatan terutamanya kepada penduduk kampung yang rajin membuatnya.
Menurut rakan-rakannya yang lain, mereka yang betul-betul berminat untuk membuat pekasam sama ada untuk hidangan keluarga atau untuk dijual boleh membuatnaya sendiri kerana ia tidaklah terlalu sukar.
Bagi Fatimah, dia memang sudah sebati dengan makanan itu dan tidak menjadi kejangalan kepadanya sekiranya hidangan untuk tengah hari atau malam hanya ada pekasam tanpa ikan laut yang lain.
Menurutnya, pekasam jika digaul bersama nasi yang panas-panas memang memang menyelerakan kerana makanan itu tidak hanya tertumpu untuk digoreng sahaja.
"Orang selalu melihat pekasan sesuai untuk digoreng sahaja, tetapi sebaliknya pekasam juga boleh dimakan dengan pelbagai cara.
"Kita juga boleh membakar pekasam atau pun boleh untuk dimasak lemak bersama serai dan bawang besar mengikut cara kampung," katanya.

Cara Membuat Pekasam:
Bahan-bahannya:
2 pot susu beras
20 ekor ikan (puyu/sepat/lampam)
1 cawan garam
Cara membuatnya:
Basuh ikan sehingga bersih dan gaulkan bersama garam. kemudian peramkannya selama dua malam.
Serbuk Pekasam
Goreng beras tanpa minyak sehingga kekuningan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian mesin atau kisarnya sehingga hancur.
Selepas itu, beras yang telah hancur diayak dan ambil hasilnya. Keluarkan ikan yang telah dua malam diperam dan gaulkan bersama serbuk tersebut.
Peram semula selama dua malam dan setelah itu boleh dimakan.


Ikan Pekasam Ubah Hidup Zainab
(Berita Harian - 07/10/2000)

Walaupun perusahaan ikan pekasam membolehkan Zainab mendapat RM4,000 sebulan, beliau tetap berjimat-cermat kerana bimbang kesusahan hidup masa lalu berulang lagi

Lapan tahun lalu, hidup Zainab Itam sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rumah sendiri tidak ada dan terpaksa menumpang di rumah adik ipar. Untuk mencari sara hidup, beliau dan anak keluar menahan pukat sehingga jauh malam.
Rezeki ternyata murah. Pukat yang ditahan, tidak henti-henti mengena. Terlau banyak ikan, hingga tidak habis dimakan. Ketika itulah timbulnya idea untuk membuat pekasam.
Pekasam ialah ikan yang diperap antara dua hingga tiga hari dalam bancukah beras goreng yang dikisar atau digiling halus. Rasanya yang masam-masam lemak, membuatnya paling digemari.
"Mulanya saya buat sedikit saja, kira-kira lima kilogram ikan Pekasam itu kami jual di 'nat' (pekan sehari). Sekejap saja habis. Minggu berikutnya ramai pelanggan bertanyakan pekasam sehingga ada yang sanggup menempah takut kehabisan. Sejak itulah nasib kami sekeluarga mula berubah," katanya memulakan cerita.
Dengan hanya berbekalkan tulang empat kerat serta semangat juang yang kental, Zainab meneruskan perniagaannya sehingga berjaya melepaskan diri dan keluarga daripada jerat kemiskinan.
Kini mereka tinggal di rumah sendiri di kampung Darat, Berseri, Perlis,. Kejayaan yang dicapainya dalam perniagaan itu amat membaggakan dengan jumlah pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.
Zainab berkata, pekasamnya mendapat sambutan di luar dugaan. Lepas setahun, beliau tidak perlu bersusah payah mencari pelanggan malah mereka datang mencari.
Apabila dikenal pasti berdaya maju. Zainab diterima menjadi peserta Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) di bawah Jabatan Pertanian negeri Perlis.
Beliau menerima bantuan RM20,000 untuk membeli kelengkapan seperti mesin pengisar, peti sejuk untuk menyimpan ikan, bekas dan sebagainya. Wang itu juga digunakan untuk membina bengkel yang dilengkapi rak serta tempat membersih ikan yang sempurna.
Zainab tidak perlu keluar memukat ikan lagi. Ikan yang diperlukan, dibeli terus daripada peraih.
"Sekarang saya terima antara 30 hingga 60 kilogram ikan lampam sehari. Kalau sebanyak itu, kami siang sendiri tetapi kalau lebih, saya upah orang untuk membantu.
"Ketika ini setiap bulan, 200 kilogram pekasam dihantar kepada ejen di Kuala Lumpur, manakala 240 kilogram lagi dihantar ke Pekan Rabu. Yang dijual sendiri di rumah, tidak kurang daripada 20 kilogram sehari. Untuk pelanggan tetap saja, sudah melebihi 1,000 kilogram sebulan. Harga tolak, RM4 sekilo gram dan untuk jualan runcit pula, RM6." katanya. Ini bermakna, jumlah pendapatannya mencecah RM4,000 sebulan.
Zainab berkata, membuat pekasam memang mudah tetapi kebersihan amat penting kerana kalau seekor lalat pun dibiarkan hinggap atas ikan yang diperap, semuanya mungkin rosak. Itulah sebabnya, bahagian terbuka bengkel beliau ditutup dengan skrin halus.
"Ikan mesti dicuci bersih. Sedikit kesan darah pun tidak boleh tinggal. Lepas itu, ikan digaul dengan garam kasar (10 kilogram ikan dicampur tiga kilogram garam) dan diperap semalaman.
"Esoknya, ikan dibersihkan semula dan disejat. Bagi setiap 10 kilogram ikan saya gunakan 1 kilogram serbuk beras yang digoreng. Ikan tadi dicelupkan dalam campuran beras yang tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Ikan itu disusun dalam bekas yang bersih dan dibiarkan 'masak' untuk sekurang-kurangnya dua hari. Baru sedap kalau digoreng.
"Itu saja caranya. Saya tidak campur ramuan lain. Ada setengahnya, mencampurkan gula Melaka tetapi cara itu tidak sesuai bagi saya," jelas Zainab.
Walaupun pendapatannya kini lumayan, Zainab tidak pernah lupa pada zaman susahnya. Kehidupan barunya sama saja. Rumah batu yang belum siap dibina, tidak mempunyai kelengkapan mewah seperti permaidani tebal atau kerusi empuk, peti telivisyen berukuran besar dan sebagainya.
"Bagi saya, mengumpul wang lebih penting. Saya tidak dapat melupakan masa kami susah dulu. Ada masanya, tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Saya takut ia akan berulang. Itu sebabnya saya tidak suka membazir.
"Biar rumah atau pakaian tidak cantik asalkan kita mempunyai wang yang cukup untuk menjamin masa depan lebih baik bagi kami anak-beranak.
"Sekarang pun, perasaan takut masih ada. Pengalaman dulu mengajar saya lebih berhati-hati dalam menghadapi cabaran. Yang penting ialah usaha dan semangat untuk terus mencuba. Apabila susah dulu, memang mudah untuk mengalah; melayan rasa kecewa.
Ini bukan caranya. Kalau ingin berjaya, kita tidak boleh berputus asa biar apa pun terjadi. Bangun rebah dalam perniagaan adalah perkara biasa. Kalau tabah dan yakin kita mesti dapat mengatasi segalanya," katanya.


Wednesday, 10-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
APA BICARA PAK IDRUS TENTANG IKAN PUYU

IKAN PUYU
Ikan Puyu, that's it... I am talking about this famous or infamous fish the we Malay call the Ikan Puyu, 'Ikan' mean fish and Puyu is the name of this particular species of fish...I kept a few of this fish...This fish like the cat fish are a very resilience species, tough and could survived in places where very little water is need, like the cat fish it love to live in muddy water...In fact it does not seem to like crystal clear water...Even if you put it in a clear water...the water would turn cloudy in just mere days or so...Unlike other fish it just need water and no other tools, like air pump to provide oxygen or a filter pump...It survived very well without all those tools that aquarium fish need to survived.....In the Malay culture...this Ikan Puyu is a sort of a part of it traditions...It has to do with the belief of the Malay...So most Malay kept a few in their house...in jar...in bowl..in any container.... it does not matter...it need little care and maintenance, what little service it needed is that it is fed regularly and the water is some time change...Actually one need not change the water at all..It is alright as far as this Ikan Puyu is concern...but then it might turn so cloudy and smelly, that it would be best to change the water from time to time for our own sake...The main reason that the Malay kept this fish is well known...Let leave it at that...If one want to know just ask any Malay and he would gladly tell you of the Why he keep this fish...As for me other then the traditional reason I happen to like this fish, to have it around...I believe that we the Malay had the liking toward this fish pass down from generation to generation...So I guess that the liking is in my blood...so what I am doing now is just continuing the tradition of keeping it ...and hope that the generation to come would continue to do so....Do we really need a reason to keep this fish...I do not think so...Must we have reasons for everything... No...Tradition dies hard.... But tradition is what makes us a great race...I am sure that there are wisdoms in this traditions of keeping this fish call Ikan Puyu.... Now not only the Malay keep this tradition alive...the non Malay which includes the Chinese and the Indian also has taken to keeping this fish in their home...I guess they are beginning to believe in what the Malay believe in this Ikan Puyu..or may be they also have the same belief like most Asian do...And with that it has now became a sort of a national tradition for the Malaysian of all races...Why all this is happening in this modern world of ours is anybody guess...Perhaps tradition really die hard, even with the challenges of Science and Technology.... This tradition of keeping Ikan Puyu has reach the twenty first century. I believe this tradition is still alive because the people love traditions and belief in its wisdom.....So let not ask any more question.....Just accept it as a way of the Malaysian cultural life..... Let leave it at that....Keep some Ikan Puyu......

SOURCE: http://idrus.blogspot.com/2004/01/ikan-puyu-thats-it.html
Thursday, January 15, 2004


Tuesday, 9-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
IKAN PUYU CAN BE DEADLY

HARIAN METRO
NEW STRAITS TIMES
Boy choked in ‘jumping’ fish mishap

BY EMBUN MAJID

An eight-year-old boy died when a freshwater fish, which he was playing with, got stuck in his throat.
Samion Ahmad was playing with the fish, known as puyu, at his family home in Jalan Masjid, Jitra, Kedah, when the freak incident happened at 1pm yesterday. He had caught the fish several days earlier.
The fish, which was kept in a concrete tank outside the house, suddenly jumped out of the water into his mouth.
His mother Sa-arja Deumali, 45, said Samion was stirring the water with his hand when the incident occurred.
“I was taking my bath when the incident happened.

DEADLY PET:Sa-arja,seen here with Jaafar,showing the fish which was removed from the throat of Samion who died on the way to the hospital.

“My husband had earlier warned our two sons not to leave the house and locked them in but they slipped out through the window to play outside.
“Samion's younger brother, Jaafar, three, who was playing nearby, had earlier told him not to stir the water as the fish might jump out.
“Several minutes later, he heard Samion screaming while holding his throat,” she said when met yesterday.
Sa-arja said a neighbour, who heard the screams, then alerted Samion's father, Ahmad Johari, 44, and they rushed the boy to the Jitra Hospital.
She said Samion's mouth was bleeding and he died on the way to the hospital.
She also said that the doctor removed the fish, which was found lodged in Samion’s throat.
Sa-arja, who said both she and Ahmad were rubber tappers, added that Samion had followed them to work at an estate in Jitra yesterday morning.
The fins of puyu, which can be found in padi fields and irrigation canals, are very sharp. Some Malays keep the fish believing that it can ward off evil spirits.
The body of Samion was buried in the Kampung Hijrah Muslim cemetery at 6pm yesterday.
SOURCE: THE STAR 12 JULY 2005


Kanak-kanak mati tercekik ikan puyu

Oleh: DALIZA ARIFFIN

JITRA 11 Julai - Gara-gara ingin bermain dan melihat seekor ikan puyu dengan lebih dekat, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mati tercekik setelah ikan tersebut melompat masuk ke dalam mulutnya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 1 petang ini semasa mangsa, Samion Ahmad dari Pekan Jitra di sini sedang bermain seorang diri dengan seekor ikan puyu sebesar ibu jari kaki dalam sebuah kolah di rumah salah seorang jirannya.
Ibu Samion, Sa-arja Deumali, 45, berkata anaknya yang suka menangkap ikan dan memelihara ikan air tawar di rumahnya berjaya menangkap ikan puyu itu beberapa hari lalu tetapi diletakkannya di rumah jiran mereka.
Beliau memberitahu ketika kejadian, anak ketiga daripada empat adik beradik itu sedang menundukkan kepalanya di dalam kolah berkenaan sambil mengocakkan air.
Sa-arja yang bekerja sebagai penoreh getah percaya kocakan air berkenaan telah membuatkan ikan puyu itu melompat keluar ke arah anaknya.
``Saya terdengar jeritan Samion dan melihat dia memegang lehernya dengan keadaan mulut yang berdarah,'' katanya kepada para pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Jiran yang turut mendengar jeritan Samion turut memanggil ayahnya, Ahmad Johari yang baru pulang dari menoreh untuk membawa mangsa ke hospital.
Bagaimanapun Samion yang baru berpindah bersama keluarganya dari Betong, Thailand ke Jitra tiga bulan lalu dan dalam perancangan untuk didaftarkan di salah sebuah sekolah rendah di sini meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Sa-arja memberitahu, beliau mengurung anaknya di dalam rumah agar tidak bermain di luar selepas balik dari kebun tetapi Samion berjaya keluar melalui tingkap tanpa pengetahuannya.
Jenazah Allahyarham Samion dikebumikan di Tanah Perkuburan Jitra di sini petang ini.
SUMBER: UTUSAN MELAYU 12HB JULAI 2005


Puyu ragut nyawa

Oleh Nasharuddin Muhammad

JITRA: “Dua hari lalu, arwah membawa pulang ke rumah empat ikan puyu yang dipancingnya di Sungai Gunung Rambai.

“Saya minta ibunya menggoreng ikan itu, tetapi arwah membantah kerana sayang dan mahu memeliharanya. Tak sangka pula, ikan itu yang meragut nyawanya.” kata penoreh getah, Ahmad Johari, 43, bapa Samiun Ahmad, 8, kanak-kanak yang mati tercekik seekor ikan puyu hidup yang melompat masuk ke mulutnya, tengah hari, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, anak ketiga daripada empat beradik bermain dengan dua ikan puyu yang dipancingnya dan disimpan sementara dalam sebuah kolam di rumah jiran.

Menurut Ahmad, ketika mangsa bersama abang dan seorang lagi rakan bermain dengan ikan itu, tiba-tiba seekor ikan melompat keluar dan masuk ke mulutnya.

Katanya, mangsa pada mulanya dikatakan mahu menangkap ikan selebar kira-kira empat sentimeter dan panjang tujuh sentimeter, namun terlepas dan ikan itu terus melompak ke mulutnya.

“Ikan itu terus masuk ke kerongkong dan arwah terus menekan lehernya untuk cuba mengeluarkan ikan berkenaan, tetapi gagal.

“Arwah cuba menjerit meminta pertolongan, tetapi terus lemah dan pengsan sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jitra.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai takdir, sudah ajal arwah meninggal dalam usia semuda ini. Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belakang Kompleks Salleh Khan, dekat sini, semalam.

Ahmad berkata, ikan itu disimpan di kolam konkrit dan dua daripadanya hilang apabila melompat keluar dari kolam terbabit kelmarin dan hanya tinggal dua yang dipelihara arwah.

Sementara itu, jirannya yang melihat kejadian itu, Aslinda Mohd Salleh Khan, 39, berkata pada mulanya, Samiun dikatakan memegang ikan puyu itu dengan dua tapak tangannya.

Menurutnya, secara tiba-tiba ikan melompat masuk ke mulutnya sehingga menyebabkannya mangsa sesak nafas sambil memegang lehernya.

“Ketika itu, saya lihat ekor ikan puyu itu masih berada di luar bahagian mulutnya lalu menyuruh abangnya, Umaidi, 10, menarik ekor ikan itu keluar dari mulut.

“Dia takut dan saya memanggil bapanya memberitahu anaknya tertelan ikan puyu,” katanya.

Aslinda berkata, dalam sekelip mata ikan itu terus masuk ke mulut mangsa dan darah meleleh keluar dari mulutnya.

Menurutnya, dia bersama anaknya, Niaz Amiri Mohd Nasir, 12, yang juga rakan Samiun terus memapah mangsa masuk ke kereta untuk dibawa ke Hospital Jitra.

“Ketika di dalam kereta, Samiun memang tidak sedarkan diri.

“Saya memandu menggunakan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menepuk-nepuk belakang Samiun dengan harapan ikan itu keluar dari mulutnya,” katanya.

Katanya, setibanya di hospital, Samiun disahkan meninggal dunia pada jam 12.40 tengahari.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hijrah pada pukul 6.15 petang tadi.

SOURCE: HARIAN METRO 12HB JULAI 2005.

Boy chokes on live fish

Noor Adzman Baharuddin

JITRA, KEDAH, Mon.11 July 2005


KILLER FISH: The fish that jumped into Samiun’s mouth. Next to it is a picture of Samiun.

Eight-year-old Samiun Ahmad was a happy lad when he caught four palm-sized ikan puyu (climbing perch) two days ago.
But today, he choked to death after one of the freshwater fish leapt into his mouth and lodged in his throat in a freak accident in Kampung Belakang Kompleks Salleh Khan here.

Samiun’s rubber-tapper father Ahmad Johari, 43, said Samiun, the third of four children, was holding the fish when it slipped out of his hands and leapt into his mouth.

"He wanted to show off his catch to his older brother, Umaidi, and a friend," Ahmad said.

Samiun had scooped the fish out of a concrete pond at a neighbour’s house.

"He was so excited with his catch. He showed them to us and wanted to rear the fish in our neighbour’s pond.

"We never thought something like this could happen," Ahmad said as he showed the fish, measuring about seven centimetres by four centimetres.

Ahmad was in his house when the neighbour, Aslinda Mohd Salleh Khan, alerted him to the 12.30pm incident.

Aslinda, 39, said she tried to get Umaidi, 10, and her son Niaz Amiri Mohd Nasir, 12, to try to pull the fish from Samiun’s mouth when she saw the boy gasping for air.

She also tried to help but the fish was lodged too firmly. Aslinda then drove Samiun to the Jitra Hospital, some 10km away, but he was pronounced dead upon arrival.

She recalled that Samiun was in great pain throughout the journey to the hospital, with Umaidi and Niaz Amiri continuing their efforts to pull the fish out.

Samiun was buried at the Kampung Hijrah Muslim cemetery this evening.

SOURCE: NEW STRAITS TIMES 12 JULY 2005

Budak Lelaki Maut Tercekik Puyu Hidup

JITRA, 11 Julai (Bernama) -- Seorang budak lelaki berusia lapan tahun maut hari Isnin akibat tercekik seekor ikan puyu hidup yang melompat masuk ke mulutnya ketika bermain dengan ikan itu bersama abang dan seorang lagi rakannya.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari, Samiun Ahmad yang tidak lagi bersekolah dari Kampung Belakang Kompleks Salleh Khan di sini dipercayai cuba mengambil salah seekor ikan puyu bersaiz 7sm X 3.5sm yang melompat keluar dari kolam konkrit depan rumah jirannya.

Jirannya Aslinda Mohd Saleh Khan, 39, yang menyedari kejadian itu terus memanggil bapa Samiun untuk membantu mengeluarkan ikan tersebut.

Namun beberapa minit kemudian ikan itu masuk sepenuhnya ke dalam mulut Samiun. Darah kelihatan meleleh keluar dari mulutnya.

Aslinda dengan bantuan anaknya Niaz Amiri Mohd Nasir, 12, yang juga rakan Samiun terus membawa mangsa ke Hospital Jitra dengan kereta.

Namun, setibanya di hospital Samiun disahkan meninggal dunia.

Jenazah Samiun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hijrah pada pukul 6.15 petang Isnin.

Sementara itu, bapa mangsa Ahmad Johari, 44, berkata beliau menyifatkan kejadian itu sebagai takdir dan beliau reda dengan apa yang berlaku.

Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Johari Baharom dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu Zulkifli Ahmad menghulur sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.
-- BERNAMA

SOURCE: http://www.bernama.com.my


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net