IKAN PUYU
Anabas testudineus
By: Hussain Mat Din

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 3-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
MUSIM MEMANCING PUYU

SYED NASIR
Selamat datang 2006 . Musim memancing puyu kembali lagi.
Gambar dipinjam dari http://syednasir.fotopages.com/?entry=652716


Wednesday, 14-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
LAGI TIP MEMANCING PUYU

MUSIM PANCING PUYU
TIP MEMANCING PUYU
Puyu ni akan bedal apa saja asal makanan tolak batu+kayu... tapi of course dia ada umpan kegemaran. Syarat utama, saiz umpan sesuai dengan saiz mulut puyu. Umpan yg relatifnya besar cth cengkerik, anak tebuan etc...puyu pun akan bedal juga tapi payahlah sikit nak kena. Yg paling perfect saiz umpan sebesar anak lebah/telur kerengga, guna mata kail udang cap helang saiz 8/9, tali mono 6-10Ib set...

Tips, kalau mancing puyu dlm parit, cari permukaan yg dilitupi kiambang/rumpai atau tempat yg ada 'stuktur' spt tunggul kayu, pelepah kelapa/sawit terendam/sekitar calvert dsb dan biasanya puyu lebih suka tinggal dekat dengan tebing berbanding di tengah2 parit. Puyu tak suka duduk tempat lapang dan lebih suka duduk di tempat2 spt di atas. Kalau permukaan parit tak dilitupi sepenuhnya oleh tumbuhan air, cari lubang2 yg sedia ada. Kalau permukaan parit tak ada ruang langsung(katalah penuh kiambang/keladi bunting/semak), tak apa...operasi memancing masih boleh diteruskan dengan cara membuat 'lubang' terdahulu. Buat beberapa 'lubang' antara kiambang/semak, guna apa2 yg sesuai guna btg buluh/kayu pjg etc, saiz lubang l/kurang sejengkal diameter sudah mencukupi(janji umpan boleh masuk dlm air). Biarkan seketika, sebab biasanya puyu ni lari ketakutan semasa kita buat lubang, bila keadaan tenang sikit, puyu ni akan datang semula. Sebelum buat lubang kena pastikan dulu, tempat tu 'berpotensi' ada puyu, caranya dengan memerhati/mendengar riak ikan menangkap di celah2 semak, kalau 'senyap sunyi' saja, baik belah!! cari tempat lain.

Dlm parit, puyu ni biasanya jenis ikan pertengahan air ke permukaan, adakalanya saja dekat dasar. Bila nak letakkan umpan dlm dlm air, mulakan drpd permukaan, katalah mula dengan sejengkal dalam, dari sini kalau tak ada sambutan dlm tempoh 30 saat boleh tambah kedalaman lagi sampailah ke dasar parit. Sepanjang proses ni, elok kalau kita 'jig' sikit umpan, sebab puyu lagi tertarik dengan umpan yg bergerak berbanding umpan mati. Biasanya kalau ada puyu di satu2 lubang, dia akan 'belasah' masa umpan dekat dengan permukaan lagi. Kalau dlm tempoh l/kurang 5 minit tak ada sambutan, bermakna tempat/lubang tu tak ada puyu atau puyu memang tak nak makan(selalu juga berlaku), beralihlah ke lubang lain dan ulang proses yg sama. Dlm spot tertentu cth celah tunggul kayu/pelepah terendam/struktur lain, boleh ada banyak puyu berkumpul(puyu ni jenis berkumpulan juga) dan tak mustahil dlm satu2 lubang, boleh naik sampai 20-30 ekor puyu.

Harap dpt membantu...

Arius

SUMBER: http://sungkaiinc.multiply.com/journal


Thursday, 1-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
MENGAIL PUYU LAGI

UMPAN PANCING
ANAK RIANG
IBU GEMBIRA
Salinan dari http://bowjenk.multiply.com/journal/item/7

Mengail Puyu sambil beriadah bersama keluarga

Memandangkan sekarang nih musim hujan di Perlis Indera Kayangan..tak banyak trip casting Tarpon,LadyFish atau pun Siakap yg dapat dijalankan..tetapi dengan ketibaan musim hujan ini memberikan sejuta rahmat kepada petani dan pesawah..membolehkan penanaman semula padi dijalankan dengan kadar segera..bagi yg tak dapat kemana² mengail puyu adalah alternatif terbaik dan menghiburkan lebih² lagi jika bersama family..

Peralatan yg diperlukan untuk mengail Puyu..cukup lah hanya sekadar 'Joran Teleskopik'...monoline 4-6lb lebih kurang 2 depa.. sebiji pelampung kecil (optional) dan matakail berteras panjang (Long Shank) bersaiz 8-10..Saya lebih suka menggunakan pelampung/float kerana lebih asyik apabila melihat pelampung itu tenggelam/timbul bila umpan dilarikan ikan..

Bila segala peralatan telah tersedia..cuma tinggal umpan saja lagi yg tiada..umpan apa ya??..kalau di sebelah Utara nih..majoriti hanya menggunakan anak tebuan sbg umpan terbaik..tak perlu susah payah utk mencari anak tebuan dgn masuk/keluar semak mencari sarang nya..hanya perlukan RM2 dan boleh dibeli dimana² kedai akuarium disini....selain dari itu..cacing,belalang dan juga cengkerik juga efektif..

Setelah segala² nya tersedia..port puyu pula perlu dicari..tetapi bila tiba musim sebegini..tak perlu bersusah payah..start motosikal..dlm masa 2minit dah sampai ke port mengail..iaitu petak sawah yg baru sahaja di tuai hasilnya..dan sedang menunggu utk penanaman semula..mmg banyak ikan didalamnya seperti puyu,sepat,haruan dan juga seluang. Jika kena dgn tempat,umpan dan caranya tak perlu menunggu lama..sekejap sahaja boleh lihat pelampung tenggelam/timbul..tandanya Puyu dah mengena lah tuh.. selain dari Puyu..tangkapan sampingan (by catch) ialah anak haruan..tapi semua anak haruan dilepaskan semula..supaya dapat membesar utk duji pula kemudian hari.. tempat persembunyian Puyu biasanya disekitar tebing yg airnya tak berapa dalam..dan banyak ditumbuhi tumbuhan akuatik dan juga rumput rumpai..pilih lah mana² lubang diantara tumbuhan² tadi dan labuhkan lah umpan..

Walaupun tak secanggih dan glamour seperti pancingan lain..mengail puyu tetap memberikan kepuasan..apatah lagi bila dapat memancing bersama keluarga ..lebih² lagi apabila melihat senyuman manis KDN bila jorannya berjaya menaikkan Puyu sekor demi sekor...



Monday, 28-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
SAMBAL IKAN PUYU

PUYU@BETUK@BETIK
RESEPI MEMBUAT SAMBAL IKAN PUYU@BETUK@BETIK

Hidangan Untuk Berapa Orang?: 5
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Diperlukan Untuk Memasak: 20 minit
Kategori: Sambal
Susah atau Senang: Senang

Pengenalan
Iwak Betik (Ikan Puyu) memang sedap jika digoreng. Satu lagi cara mempelbagaikan masakan ini ialah dengan menjadikan ia sambal.

Ikan puyu ori (bukan ternak) agak sukar diperolehi. Anda terpaksa mengail di sungai atau bekas-bekas lombong.

Resipi ini sangat ringkas. Hasilnya sangat sedap!

Bahan Masakan
1. Beberapa ekor ikan puyu
2. 10 - 20 helai kencur (cekur) -- daun dan isinya
3. 5 - 10 biji cili api
4. Belacan sikit

Arahan
1. Siang ikan puyu dan goreng garing
2. Belacan dibakar
3. Masukkan semua bahan dalam lesung batu dan tumbuk hingga separuh lumat.
4. Perhatikan juga duri-duri ikan yang terkeluar, buangkan.
5. Hidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas. Satu lauk ini dah cukup sedap.

Maklumat Khasiat
Cekur dipercayai dapat membuang angin dan menjadikan awet muda. Ikan puyu mempunyai khasiat dan rasa tersendiri. Selain dari itu..... rasanya... MasyaAllah!!!

SUMBER: http://www.cyberjawa.com


Thursday, 24-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
NOSTALGIA MEMANCING PUYU

IKAN PUYU
PETIKAN PENGALAMAN SEORANG BLOGGER - MARTS
UNTUK ARTIKEL PENUH SILA LAYARI
http://marts7.blogspot.com/2005_04_01_marts7_archive.html

"Aku memancing kerana keseronokan bukan kerana betul-betul mahukan ikan yang dipancing. Pancing yang digunakan hanyalah sebatang buluh aur yang cantik, tali tangsi dan mata kail kecil yang digunakan untuk ikan-ikan yang bersaiz kecil sahaja. Biasanya ikan yang dipancing adalah ikan puyu sahaja kerana kuantiti mereka yang banyak di mana sahaja. Ikan-ikan lain adalah ikan haruan dan juga ikan keli. Tapi oleh kerana umpan yang digunakan untuk ikan haruan dan keli adalah cacing, aku tidak suka memancing ikan-ikan tersebut. Pertamanya aku agak geli dengan cacing, apatah lagi mahu mengorek tanah mencarinya. Keduanya siapa yang hendak makan ikan yang diketahui makan cacing? Ketiganya untuk ikan-ikan ini, mata kail, tali dan joran yang lebih besar perlu digunakan. Tapi jika ikan puyu yang dipancing tapi ikan lain yang membaham, aku tidak pernah menolaknya.

Waktu ideal untuk memancing adalah waktu tengah hari, itu kata emak dan ayah. Mungkin kerana ikan tengah lapar hendak makan tengah hari agaknya. Atau mungkin juga kerana waktu tengah hari ikan kurang aktif, jadi mudah untuk memancingnya. Biasanya aku memancing selepas pulang dari sekolah, itupun jika tiada kelas tambahan atau aktiviti sukan. Tempat kegemaran adalah kolam di belakang rumah dan juga sawah. Jika di sawah, air yang cetek dan jernih membolehkan kita melihat kawanan ikan di celah-celah rumpun padi, jadi kita tahu di mana mahu melabuhkan mata kail. Tambahan pula, aku suka memancing sambil duduk di bawah pokok mangga. Kadang-kadang aku memancing sambil makan buah mangga muda. Di kawasan kampung aku, pokok mangga ditanam di sepanjang ‘perenggan’ atau ‘batas’ yang dibuat untuk memisahkan kawasan sawah padi kita dengan kawasan sawah orang lain. Biasanya aku memancing bersama adik lelaki aku atau pun kakak bongsu yang rajin mengikut sekali. Biasanya dia cuma mahu duduk sambil makan buah mangga, bukan memancing. Umpan yang aku gunakan adalah anak ikan haruan yang sudah diperam dengan asam dan garam (untuk menarik ikan dengan baunya) atau pun anak kerengga yang belum matang - rupanya seperti permaisuri ana-anai yang gemuk dan berwarna putih.

Ikan puyu adalah ikan yang paling biasa dipancing di kampung aku. Ikan ini juga sangat kuat daya tahannya, walaupun sudah luka selepas dipancing ia masih lagi boleh hidup selagi tidak dijadikan hidangan untuk makan. Adalah menjadi kebiasaan untuk mendapat berpuluh-puluh ekor untuk satu sesi memancing, kadang-kala boleh mencecah ratusan ekor jika aku, adik, kakak dan abang memancing sekali. Aktiviti yang juga merupakan satu riadah kepada kami. Emak akan menyimpan hasil tangkapan kami di dalam sebuah guri yang besar. Ikan puyu agak sukar untuk disiang kerana sisiknya yang keras, ditambah pula dengan giginya yang kelihatan seperti piranha dan juga siripnya yang tajam, boleh melukakan jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Biasanya emak akan masak ikan puyu masak lemak bersama pisang muda (gulai darat), digoreng garing atau pun masak bercili. Sangatlah terasa puas hati apabila hasil tangkapan anda dihidangkan untuk makanan sekeluarga."




[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net